Selepas pertempuran Perang_Badar

Korban dan tawanan perang

Imam al-Bukhari menyenaraikan kerugian Quraisy seramai 70 terbunuh dan 70 orang menjadi tawanan.[27] Jumlah ini merupakan 15%–16% kekuatan tentera Quraisy. Sayidina Ali sahaja menewaskan 18 orang yang maut.[28] Korban Muslim sering kali dinyatakn sebagai 14 orang syahid, lebih kurang 4% kekuatan mereka.[24] Sumber-sumber tidak menyatakan jumlah yang tercedera kedua belah pihak.

Sewaktu pertempuran, pihak Muslim menawan beberapa orang Quraisy. Nasib mereka mencetuskan kontroversi di kalangan tentera Islam.[29] Kerisauan awal adalah kemungkinan tentera Makkah berkumpul semula dan menyerang; tentera Islam tidak mampu menugaskan pejuangnya untuk mengawal tawanan perang. Sa'eed and Sayidina Umar cenderung membunuh para tawanan akan tetapi Sayidina Abu Bakar berhujah agar mereka dilepaskan daripada hukuman bunuh. Nabi Muhammad akhirnya memilih pandangan Abu Bakar dan kebanyakan tawanan dibiarkan hidup dengan harapan mereka memeluk Islam (malah, ada yang melakukan sedemikian).[30] Sejurus sebelum baginda meninggalkan Badr, Nabi juga memerintahkan agar lebih 20 orang Quraisy yang terbunuh ditanam di dalam telaga di Badr.[31]Beberapa hadis merujuk kepada perbuatan ini yang dikatakan mendatangkan kemarahan orang Quraisy Makkah. Tidak lama kemudian, beberapa orang Muslim yang ditawan sekutu Quraisy di bawa ke Makkah dan dibunuh sebagai balas dendam terhadap kekalahan.

Mengikut lunas-lunas kesumat berdarah tradisi Arab, mana-mana orang Makkah yang kehilangan ahli keluarga mereka di Badar seharusnya membalas dendam terhadap anggota puak yang membunuh saudara mereka. Di pihak Muslim, juga terdapat keinginan membalas dendam di atas kezaliman yang dilakukan terhadap mereka selama bertahun-tahun. Namun, selepas pertempuran, tawanan perang ditumpangkan dengan keluarga orang Islam dan diberi layanan baik.

Kesan

Peperangan Badar sangat berpengaruh dalam kenaikan dua individu yang dalam sejarah Arabia. Individu pertama ialah Nabi Muhammad, yang bertukar daripada seorang dalam buangan kepada seorang pemimpin. Marshall Hodgson menambah bahawa Badar memaksa orang Arab lain "menganggap orang Islam sebagai pencabar dan mungkin pewaris martabat dan peranan politik Quraisy." Sejenak selepas Badar, Nabi Muhammad mengusir Banu Qaynuqa, satu daripada suku Yahudi yang melanggar syarat-syarat perjanjian dengan orang Islam kerana menggunakan kekerasan terhadap seorang wanita Muslim. Suku ini juga mengancam kedudukan politik baginda. Pada masa yang sama kedudukan Abdullah bin Ubayy, musuh utama Nabi Muhammad menjadi lemah, dan semenjak Badar hanya mampu membuat cabaran kecil-kecilan terhadap Nabi.[32]

Orang kedua yang meraih manfaat daripada Perang Badar ialah Abu Sufyan. Kematian Abu Jahal, dan beberapa pembesar Quraisy lain [33] memberi peluang, dengan cara hampir automatik, kepada Abu Sufyan menjadi ketua Quraisy. Ekoran itu, Abu Sufyan menjadi perunding utama bagi pihak Quraisy apabila Nabi Muhammad membuka Makkah enam tahun kemudian. Abu Sufyan kemudiannya menjadi pegawai tinggi dalam Empayar Islam dan anaknya Muawiyyah menjadi pengasas Kekhalifahan Umayyah.

Pada hari-hari kemudian, penglibatan sebagai pejuang di Badar menjadi penting sehinggakan Ibn Ishaq memuatkan senarai nama pejuang satu persatu dalam karya sirahnya. Nama syahid Badar terdapat dalam banyak hadis, dan mereka juga mungkin mendapat gaji[34] Veteran Badar terakhir meninggal dunia dalam Perang saudara Islam Pertama[35]

Seperti diringkaskan Paul K. Davis, "Kemenangan Mohammed mengesahkan kuasanya sebagai ketua Islam; dengan menarik hati suku-suku Arab yang menyertai beliau, bermulalah pengembangan Islam."[36]

Rujukan

WikiPedia: Perang_Badar http://www.ezsoftech.com/islamic/badr.asp http://www.islamfrominside.com/Pages/Tafsir/Tafsir... http://local.live.com/default.aspx?v=2&ss=badr,%20... http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsun... http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsun... http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsun... http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsun... http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsun... http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsun... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt...